Hamma Hemmy
biography TheWeb Entries twitter Facebook +follow


Menangis tak semestinya sedih !
Thursday, 19 January 2012 | 5:05 am |




First time dalam family aku , kitaorang adik beradik kena berpisah . selalunya kitaorang akan belajar sesama . buat semua sama sama . tiba bila salah seorang dapat asrama . rasa macam sedih teramat . bukan tak nak bagi dia pergi asrama . tapi bila kena berjauhan . rasa sedih itu yang pasti . pengalaman pertama kitaorang . nanti bila dah lelama mungkin keadaan menjadi normal kembali .

macam senang jer jadi lelaki . nak masuk mana mana pun senang even result tak gempak mana . adik aku lelaki dua kali tukar sekolah . result UPSR dia bolehlah dikatakan gempak . 5A's . rezeki dia . hahha . tahniah adik . first day dia sekolah . dia sekolah dengan aku . lepas seminggu dua . dia dapat SMK Sungai Pusu . okeh adik aku kena pindah sekolah . baru rancang nak balik sekolah sesama . tak kisahlah . kita hanya mampu merancang . lepas dia sekolah situ beberapa hari . tup tup dia dapat MRSM Kuala Kubu Bharu . ergh .... pindah lagi . 

Tak sanggup sebenarnya tengok dia pergi . sebab tak biasa . selalunya pepagi nak pergi sekolah nampak muka dua . satu minggu berlalu . berhari hari tunggu dia call . tup .. tup .. pagi tadi telefon berbunyi . ingatkan kawan aku call sebab diorang ni memang suka call pagi pagi buta . rupa rupanya adik . aku cuba tak nak cakap dengan dia . ayah aku suruh cakap jugak . dengar je suara dia . air mata menitis . okeh emo di waktu pagi .

jealous tetap ada . malu pun ada . sebab dia masuk asrama terlebih dahulu daripada aku . tapi aku gembira . malahan , bangga tahap gunung everest apabila melihat dia berjaya . tak salah untuk kita dengki dengan orang ke arah kebaikankan ? adik ... buat terbaik untuk PMR pulak okeh . do your best !

NOTE : Waktu yang sentiasa kitaorang nantikan adalah bila dia balik asrama . best . tak ada dia rumah rasa macam sunyi . tak lengkap .